Networking atau membina rangkaianadalah bermaksud membina hubungan sesama manusia. Ini adalah sangat penting bagi perniagaan anda untuk mewujudkan kepercayaan dan reputasi.
Tidakkah anda sendiri sebagai pelanggan akan lebih cenderung untuk membeli daripada seseorang yang anda kenal, percaya dan mempunyai reputasi yang baik ?
Ada banyak sebab anda membina rangkaian sesama manusia. Samada untuk mendapatkan pertolongan, mendapatkan percambahan idea atau secara ringkas untuk menjual produk dan servis yang anda tawarkan.
Berikut adalah tips penting untuk anda tahu sebagai seorang usahawan :
1. Bersedia - Sentiasa bersedia dengan alat networking yang utama seperti kad nama yang tertera nama syarikat anda, apa yang anda lakukan serta no. telefon dan email. Ramai usahawan cabok yang menceritakan mengenai perniagaan tetapi sering memberi alasan tidak mempunyai kad nama. (Anda boleh dapatkan kad nama semurah RM 3.00 sekotak di sini)
2. Mempunyai Perancangan Yang Jelas- Jika anda ingin mencari pelanggan dikalangan wanita berumur 30-40 tahun ke atas, mungkin anda perlu menyertai upacara yang dihadiri oleh ramai wanita dalam lingkungan umur ini. Mungkin anda boleh bertemu mereka di seminar yang dianjurkan oleh Puspanita atau Wanita UMNO. Jika anda ke majlis yang salah untuk mendapatkan pelanggan yang salah, anda hanya akan membazir masa dan tenaga. Jadi pastikan anda mempunyai rancangan yang jelas dan tahu siapa sebenarnya yang anda sedang cari.
3. Tunjukkan Bahagian Positif Anda- Jika anda mempunyai masalah di rumah. Tinggalkan masalah ini di rumah. Anda perlu kelihatan positif dan ceria. Tidak ada sesiapa berminat untuk berkenalan dengan seseorang yang kelihatan muram dan bermasalah. Anda juga perlu kelihatan mempunyai keyakinan yang tinggi. Bagaimana anda mengharapkan orang lain untuk yakin terhadap anda jika anda sendiri tidak mempunyai keyakinan ?
4. Jangan Tunjuk Anda Pentingkan Diri Sendiri- Tidak ada manusia yang menyukai seseorang yang ingin berkenalan untuk mempromosikan diri atau sesuatu. Jadi anda juga perlu fikir bagaimana anda boleh menolong orang yang anda sedang berkomunikasi. Jangan memonopoli perbualan. Pastikan perbualan dua hala berlaku. Tanya soalan-soalan mengenai apa yang mereka lakukan dan minat. Mereka akan bertanya kembali selepas itu.
5. Dengar- Dengar cerita yang mereka ceritakan dan tanya soalan-soalan yang yang akan membuatkan mereka bercerita. Orang itu akan bertanya kembali mengenai anda. Inilah waktunya anda ceritakan mengenai perniagaan anda. Namun jangan sekali-kali cerita sesuatu dengan nada berbangga. Ceritakan dengan nada tenang dan tidak terlalu merendah diri juga. Pastikan anda lebih banyak mendengar daripada bercerita. Ada waktu lain untuk anda bercerita kerana ini bukan kali terakhir anda bersama mereka.
6. Didik dan bukan berceramah- Buang perkataan-perkataan yang tegas. Jika mereka bertanya mengenai perniagaan anda. Ceritakan dengan mendalam mengenai apa kebaikan produk anda kepada orang lain. Tujuan anda untuk networking bukanlah untuk menjual barangan anda sekarang. Tujuan anda adalah supaya orang yang anda baru kenal ini akan belajar mengenai produk anda dan menyampaikan kepada orang lain. Ceritakan juga mengenai pengalaman positif dan maklumbalas yang anda terima daripada pelanggan anda.
7. Berhubung semula- Ini adalah bahagian yang paling penting yang sering diabaikan oleh usahawan. Selepas mereka bertemu kali yang pertama, mereka merasakan orang yang ditemui tidak berminat dengan produk mereka jadi mereka tidak menghubungi mereka lagi. Sepatutnya, selepas pertemuan pertama itu anda sepatutnya menghubungi mereka semula dalam tempoh 3 hari seterusnya untuk mengingatkan kembali. Jadikan mereka ini kawan baru dalam hidup anda. Percayalah, mereka akan menjadi 'ejen pemasaran' anda yang terbaik. Kini status anda akan bertukar daripada seorang kenalan menjadi kawan. Tidakkah kita sentiasa berfikir cara untuk membantu kawan kita ?
Lakukan 7 tips ini sebelum anda memulakan networking, anda pasti akan melihat kesannya.
Semoga Berjaya
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
© 2012 Created by Niaganews.com.

You need to be a member of Online Marketing Company- Niaganews.com to add comments!
Join Online Marketing Company- Niaganews.com